Kampus Kesihatan, [13 Ogos 2025] – Pusat Transformasi Digital Kampus Kesihatan telah menganjurkan satu sesi pra bengkel sebagai persediaan awal bagi penjenamaan semula organisasi. Sesi ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju dan pelarasan strategi organisasi agar selaras dengan struktur serta visi organisasi induk.
Semasa perbincangan tersebut, beberapa topik utama telah diberikan tumpuan, termasuklah; Carta Fungsi Baharu – bagi memperincikan peranan dan tanggungjawab setiap unit di bawah penjenamaan semula. Strategi Organisasi – perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan transformasi digital berjalan lancar dan berimpak tinggi. Program yang Bakal Dilaksanakan – inisiatif baharu yang menyokong matlamat transformasi digital di kampus.
Pra bengkel ini menjadi medan untuk memastikan semua pihak yang berkepentingan dapat memberikan pandangan, menyelaras idea dan mencapai kesepakatan sebelum pelaksanaan rasmi bengkel penuh pada tarikh yang akan datang.
Perbincangan juga merangkumi Pelan Strategik Pendigitalan bagi perancangan jangka sederhana atau panjang yang menyenaraikan hala tuju, objektif, dan tindakan organisasi untuk memanfaatkan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan, dan daya saing.
Pusat Transformasi Digital yakin bahawa melalui proses ini, penjenamaan semula yang bakal dilaksanakan bukan sahaja akan memperkukuh identiti organisasi, malah memastikan segala inisiatif yang dijalankan bertepatan dengan aspirasi organisasi induk serta keperluan warga kampus.