22 September 2025, Isnin – Pusat Transformasi Digital (PTD) Kampus Kesihatan telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat PTD pada jam 12.00 tengahari di ruangan staf Seksyen Sistem Maklumat. Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah PTD bersama hampir semua staf PTD dan juga pelajar latihan industri.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan serta salam kepada staf kepada yang hadir dan seterusnya bacaan selawat beramai-ramai dipimpin oleh En. Mohd Zulkifly Ibrahim.
Majlis tamat pada jam 12.30 tengah hari dan jamuan makan tengah hari telah disediakan untuk semua yang hadir.