Skip to main content

Majlis Penghargaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PTD Meriah

IMG 20260415 124245 2

16 April 2026, Rabu– Pusat Transformasi Digital (PTD) telah menganjurkan satu Majlis Penghargaan & Sambutan Hari Raya  Aidilfitri yang  berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Desasiswa Murni.

Majlis bermula seawal jam 11.30 pagi dalam suasana yang penuh kemesraan, menghimpunkan staf dan dua orang jemputan khas yang merupakan staf PTD yang telah berpencen. Para hadirin tampil  segak dan  anggun dengan pakaian bertemakan hari raya,  selaras dengan konsep majlis yang menitikberatkan kesopanan dan tradisi.

Acara  dimulakan dengan ketibaan tetamu dan  staf  yang diraikan, diikuti dengan aluan Pengerusi Majlis serta bacaan doa.  Majlis turut  diserikan dengan ucapan daripada Tuan Haji Nik Nashron (Timbalan  Pengarah PTD) serta wakil staf  yang  diraikan,  iaitu  Puan Kamariyah Binti Jusoh dan Puan Zamilah Binti Hussin.

IMG 20260415 120656        IMG 20260415 122238         IMG 20260415 122343

Antara pengisian menarik ialah tayangan multimedia khas sebagai tanda penghargaan kepada staf  yang  diraikan, selain penyampaian cenderamata sebagai  simbol penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka kepada jabatan.Majlis diteruskan dengan sesi fotografi dan jamuan raya yang mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga PTD. Suasana penuh kegembiraan jelas terpancar apabila para  hadirin  berpeluang berinteraksi dalam suasana santai dan harmoni.

IMG 20260415 123751             IMG 20260415 123846

Majlis berakhir sekitar jam  3.00  petang dengan harapan agar  program seumpama  ini dapat diteruskan  pada masa hadapan bagi  menghargai  warga  kerja  serta memupuk semangat kebersamaan dalam organisasi.

IMG 20260415 113242

IMG 20260415 120838

IMG 20260415 122017

 

Teks berita oleh : Nurul Syafiqah | Gambar oleh : AJK Majlis Penghargaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PTD