Kempen Kesedaran Kitar Semula Sisa Elektronik (e-Waste) 2025
Peringkat Kampus Kesihatan USM Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia
Program menarik sepanjang kempen berlangsung
Maklumat program
Tarikh: 29 Jun – 3 Julai 2025 Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang Lokasi: Dataran Kelabu, Dewan Kuliah 4, Bilik Tutorial A, Hub Kitar Semula
Objektif Kempen:
• Meningkatkan kesedaran warga kampus dan komuniti mengenai pengurusan e-Waste secara lestari. • Menggalakkan amalan kitar semula barangan elektronik dengan cara yang selamat. • Menyemai budaya celik teknologi dan kelestarian.
Aktiviti Menarik:
• Pop Kuiz Lestari: Kuiz berkaitan e-Waste & kelestarian dengan hadiah menarik. • Wall of Heroes: Pengiktirafan kepada penyumbang e-Waste aktif. • Cabutan Bertuah: Hadiah menarik untuk peserta bertuah sepanjang kempen. • Digital Kasih: Inisiatif pemulihan peranti elektronik untuk komuniti. • Pengumpulan e-Waste: Serahan barangan elektronik lama untuk dikitar semula. • Tech Update: Sesi perkongsian teknologi dan produk lestari. • Popcorn Break: Santai dengan edaran makanan ringan. • Teka Berat e-Waste: Cabaran meneka berat sebenar e-Waste di lokasi. • Pameran Interaktif JAS: Aktiviti pendidikan oleh Jabatan Alam Sekitar. • 20 Gerai & Food Truck: Jualan pelbagai makanan & produk tempatan. • Jualan Komputer: Peranti elektronik dengan harga istimewa. • Ceramah Kelestarian: Sesi ceramah oleh panel profesional. • Santai Cilik: Aktiviti untuk kanak-kanak bersama JAS.
Penyertaan:
Terbuka kepada semua warga kampus dan komuniti setempat. Bawa e-Waste anda, tingkatkan kesedaran dan menangi pelbagai hadiah menarik!
Rakan Kerjasama:
• Jabatan Alam Sekitar (JAS) • Pejabat Pengarah Kampus • JK Kelestarian USM