PTD @ Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke-46, 2026
PTD @ Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke-46, 2026
Kuala Nerus, Terengganu, 15 Ogos 2026 – Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Ke-46 telah berlangsung dengan jayanya bermula 6 hingga 15 Ogos 2026 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu yang bertindak sebagai tuan rumah. Kejohanan tahunan yang menghimpunkan warga universiti awam seluruh negara itu melibatkan penyertaan daripada 20 universiti dengan sebanyak 19 jenis sukan dipertandingkan.
Pusat Transformasi Digital (PTD) Kampus Kesihatan turut mengambil bahagian dalam kejohanan berprestij ini menerusi penyertaan tujuh orang staf yang mewakili Universiti Sains Malaysia (USM) dalam acara Bola Jaring, Petanque, Memanah Barebow dan Boling.
Bagi acara Memanah Barebow, PTD Kampus Kesihatan diwakili oleh En. Wan Mohd Faizal Wan Azman, En. Wan Mohd Hafiz Wan Mahmood dan Cik Norsyazwanie Mohamed bersama En. Ahmad Azmizul Hisyam Ibrahim daripada Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) Kampus Kesihatan. Penyertaan mereka mencerminkan komitmen warga Kampus Kesihatan dalam memperkasakan budaya sukan dan gaya hidup sihat.
Dalam acara Boling, PTD Kampus Kesihatan diwakili oleh En. Mohd Fakrulnizam Md Sahak dalam kategori berkumpulan lelaki dan Pn. Noraini Md Zain dalam kategori berkumpulan wanita.
Kesemua peserta merupakan antara atlet PTD Kampus Kesihatan yang telah dipilih untuk mewakili USM dalam kejohanan tersebut. Penyertaan ini bukan sahaja membuktikan kecemerlangan warga PTD Kampus Kesihatan dalam bidang sukan, malah turut mengharumkan nama universiti melalui semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan yang tinggi.
Pihak pengurusan PTD Kampus Kesihatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua atlet yang telah menunjukkan komitmen dan dedikasi dalam menggalas cabaran di SUKUM Ke-46. Diharapkan pencapaian ini akan menjadi pemangkin kepada penglibatan yang lebih aktif dalam aktiviti sukan serta melahirkan lebih ramai atlet yang mampu mengharumkan nama universiti pada masa akan datang.
Tahniah dan syabas kepada semua atlet PTD Kampus Kesihatan yang telah mewakili USM di SUKUM Ke-46 UnisZA 2026. 🏆💜💛
Teks berita dan gambar : JK Media & Publisiti Kelab PPKT USMKK
- Hits: 102




