Skip to main content

Aktiviti kelab PPKT

Majlis Penghargaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PTD

Majlis Penghargaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PTD Meriah

IMG 20260415 124245 2

16 April 2026, Rabu– Pusat Transformasi Digital (PTD) telah menganjurkan satu Majlis Penghargaan & Sambutan Hari Raya  Aidilfitri yang  berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Desasiswa Murni.

Majlis bermula seawal jam 11.30 pagi dalam suasana yang penuh kemesraan, menghimpunkan staf dan dua orang jemputan khas yang merupakan staf PTD yang telah berpencen. Para hadirin tampil  segak dan  anggun dengan pakaian bertemakan hari raya,  selaras dengan konsep majlis yang menitikberatkan kesopanan dan tradisi.

Acara  dimulakan dengan ketibaan tetamu dan  staf  yang diraikan, diikuti dengan aluan Pengerusi Majlis serta bacaan doa.  Majlis turut  diserikan dengan ucapan daripada Tuan Haji Nik Nashron (Timbalan  Pengarah PTD) serta wakil staf  yang  diraikan,  iaitu  Puan Kamariyah Binti Jusoh dan Puan Zamilah Binti Hussin.

IMG 20260415 120656        IMG 20260415 122238         IMG 20260415 122343

Antara pengisian menarik ialah tayangan multimedia khas sebagai tanda penghargaan kepada staf  yang  diraikan, selain penyampaian cenderamata sebagai  simbol penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka kepada jabatan.Majlis diteruskan dengan sesi fotografi dan jamuan raya yang mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga PTD. Suasana penuh kegembiraan jelas terpancar apabila para  hadirin  berpeluang berinteraksi dalam suasana santai dan harmoni.

IMG 20260415 123751             IMG 20260415 123846

Majlis berakhir sekitar jam  3.00  petang dengan harapan agar  program seumpama  ini dapat diteruskan  pada masa hadapan bagi  menghargai  warga  kerja  serta memupuk semangat kebersamaan dalam organisasi.

IMG 20260415 113242

IMG 20260415 120838

IMG 20260415 122017

 

Teks berita oleh : Nurul Syafiqah | Gambar oleh : AJK Majlis Penghargaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PTD

  • Hits: 397

PROGRAM TADARUS AL-QURAN ANJURAN KELAB PTD KK

PROGRAM TADARUS AL-QURAN ANJURAN KELAB PTD KK

Kelab Pusat Transformasi Digital Kampus Kesihatan telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan 1447H/2026M sebagai salah satu inisiatif pengisian rohani dan pengukuhan nilai kerohanian dalam kalangan warga kerja.

Program ini telah melibatkan seramai 35 orang staf, di mana bacaan Al-Quran dibahagikan secara adil kepada setiap peserta. Para peserta diberikan fleksibiliti untuk melengkapkan bacaan masing-masing secara individu dalam tempoh yang telah ditetapkan, selaras dengan komitmen tugasan harian dan tanggungjawab kerja.

Bagi memastikan pemantauan bacaan yang sistematik dan teratur, aplikasi dalam talian MyTadarus telah digunakan sebagai platform merekod bacaan Al-Quran yang telah disempurnakan oleh para peserta. Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan proses pemantauan, malah mencerminkan penggunaan teknologi digital selaras dengan aspirasi Pusat Transformasi Digital.

Hasil komitmen, disiplin serta kerjasama padu semua peserta, program ini telah mencapai satu kejayaan yang amat membanggakan apabila kesemua peserta berjaya melengkapkan sebanyak tiga (3) kali khatam Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini.


MyTadarusMyTadarus2

 

Sebagai kemuncak program, Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada 16 Mac 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Transformasi Digital. Majlis ini telah dihadiri oleh para peserta dan berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran serta penghayatan rohani. Majlis tersebut turut menjadi platform untuk mengukuhkan ukhuwah, selain menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam kalangan staf.

MG 7148

MG 7147

MG 7179

MG 7172

Penganjuran Program Tadarus Al-Quran ini diharapkan dapat menyemai budaya kerja yang seimbang antara pencapaian profesional dan penghayatan nilai-nilai Islam, di samping menjadi inspirasi kepada penganjuran lebih banyak program kerohanian pada masa akan datang.

MG 7210

MG 7192

 

 

Teks berita oleh : Roslena Abd Rashid | Gambar oleh : Muhammad Faris Haikal Rosli

  • Hits: 411

Program Bakul Kasih Ramadan 2026 : Ringankan Beban Asnaf Sekitar Kampus Kesihatan

Program Bakul Kasih Ramadan 2026 : Ringankan Beban Asnaf Sekitar Kampus Kesihatan


Kampus Kesihatan, 12 Mac 2026 – Kelab PTD Kampus Kesihatan terus memperkukuh usaha kebajikan melalui penganjuran Program Bakul Kasih Ramadan 2026/1447H, bertujuan membantu golongan asnaf dan miskin dalam membuat persiapan menghadapi bulan Ramadan.

Tahun ini, program berjaya menyediakan sebanyak 75 bakul sumbangan, berbanding sasaran awal 50 bakul, hasil kutipan dana yang melebihi jangkaan.

Kutipan derma yang dijalankan dari 23 Februari hingga 9 Mac 2026 mencatat jumlah keseluruhan RM5,209.50, hasil sumbangan warga kampus yang prihatin. Tabung  sumbangan ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan diserahkan secara konsisten kepada bendahari bagi memastikan ketelusan pengurusan dana.

Pengarah program, En. Kamarulakmal Ab. Ghani, menyatakan rasa syukur atas sambutan luar biasa tersebut, yang membolehkan lebih ramai penerima dibantu pada tahun ini.

Pembelian barangan keperluan dapur telah dijalankan pada 10 dan 11 Mac 2026, melibatkan penyediaan 75 bakul yang mengandungi keperluan asas harian bagi membantu penerima menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa.

Senarai calon asnaf dan miskin diperoleh melalui maklumat daripada staf PTD Kampus Kesihatan, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tinggal berhampiran kawasan kampus. Jawatankuasa penilaian memastikan hanya mereka yang memenuhi kriteria menerima bantuan.

Majlis penyerahan rasmi diadakan pada hari yang sama, 12 Mac 2026, melibatkan dua kaedah penyampaian:

Sebahagian penerima hadir sendiri ke Bilik Mesyuarat PTD bagi sesi penyerahan rasmi yang berjalan dalam suasana ringkas namun penuh rasa syukur. Ahli jawatankuasa program turut hadir bagi menyampaikan bakul sumbangan dan beramah mesra dengan penerima.

Bagi penerima yang tidak berkesempatan hadir atau menetap di sekitar kawasan kampus, jawatankuasa program turun padang menghantar bakul bantuan terus ke rumah mereka, memastikan setiap penerima menerima sumbangan dengan selamat dan teratur.

Penasihat program, En. Nareeman Shah Che Muhamad, merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang dan ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Beliau berharap usaha sebegini dapat diteruskan dan diperluas pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada komitmen sosial warga kampus.

Program Bakul Kasih Ramadan 2026 sekali lagi menjadi bukti bahawa budaya memberi dan prihatin terus subur dalam kalangan warga Kampus Kesihatan dalam menyambut kedatangan bulan mulia ini.

Teks berita oleh : Roslena Abd Rashid | Gambar oleh : AJK Program Bakul Kasih Ramadhan 2026

HARI KELUARGA PTD 2025

HARI KELUARGA PTD 2025


08 November 2025, Sabtu – Pusat Transformasi Digital (PTD) Kampus Kesihatan telah menganjurkan Family Day PTD 2025 bertempat di Seri Nipah Resort, Bachok dan dihadiri oleh 63 orang staf bersama dengan ahli keluarga masing-masing. Program ini adalah untuk menzahirkan semangat berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan staf jabatan dan ahli keluarga.

Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 8.00 pagi, ucapan aluan Pengarah Program iaitu En. Nareeman Shah bin Che Muhammad pada jam 8.30 pagi, bacaan doa oleh En. Solahasni bin Abd Aziz dan sesi pemanasan badan sebelum acara sukaneka bermula.

Untuk acara sukaneka, staf dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kuning lemon (diketuai oleh En. Azahari bin Omar), hijau muscat (diketuai oleh En. Kamarulakmal bin Ab. Ghani, biru beri (diketuai oleh En. Nareeman Shah bin Che Muhammad) dan oren navel (diketuai oleh En. Mohd Nazri Mat Husin).

Untuk acara dewasa, terdapat 10 acara iaitu 4 penjuru (lelaki dan perempuan), mask rider (lelaki dan perempuan), kantung bumbu (perempuan dan ibu serta kanak-kanak 13 tahun ke atas), rantaian seiring (lelaki dan perempuan), bebola kain (lelaki) serta adu ganteng (lelaki).

Untuk acara kanak-kanak terdapat 12 acara iaitu itik gembo-gembo 7-9 tahun (lelaki dan perempuan), iaitu itik gembo-gembo 10-12 tahun (lelaki dan perempuan), mask rider 7-9 tahun (lelaki dan perempuan), mask rider 10-12 tahun (lelaki dan perempuan), candy crush 3 tahun ke bawah (terbuka), candy crush 4-6 tahun (terbuka) serta main jet-jet 12 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan).

Juara keseluruhan untuk acara sukaneka dimenangi oleh kumpulan oren navel. Piala pusingan disampaikan oleh En. Azahari bin Omar selaku Ketua Biro Aktiviti Family Day PTD 2025.

Sebelum bersurai pada jam 2.00 petang, semua yang hadir bergambar kenangan dan menikmati jamuan yang telah disediakan.

TEKS BERITA DAN GAMBAR : NUR HIDAYAH ABDUL HALIM & REDAKSI PTD

  • Hits: 992

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & BERBUKA PUASA PPKT 2025

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & BERBUKA PUASA PPKT 2025


21 Mac 2025 (Jumaat) - Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa PPKT 2025 yang telah berlasung pada jam 6.00 petang bertempat di Dataran Kelabu, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) yang disertai oleh staf PPKT dan ahli keluarga seramai 60 orang. Majlis ini dipimpin oleh Encik Mohd Zulkifly Bin Ibrahim (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat PPKT) dan kemudiannya diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa PPKT.

Majlis anjuran Kelab PPKT Kampus Kesihatan ini diadakan sebagai penutup sesi tadarus yang bermula sejak 2 Mac 2025 dan berakhir pada 21 Mac 2025. Ia juga bertujuan meraikan dan menghargai kepada staf PPKT yang telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Penghargaan ini adalah sebagai suatu sokongan dan motivasi untuk mendidik dan membudayakan staf PPKT serta dapat menjadi inspirasi kepada warga kampus khasnya agar membaca Al-Quran menjadi amalan harian dalam kehidupan.

Kelebihan khatam al-Qur'an ini telah ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadisnya yang bermaksud:

"Sebaik-baik amalan adalah selesai dan meneruskan. Rasulullah s.a.w. ditanya, Apakah keduanya itu? Baginda menjawab; Mula membaca al-Qur'an dan meneruskannya (mengkhatamkannya)".

Majlis Berbuka Puasa ini disediakan oleh Ahli Jawatankuasa majlis tersebut dengan jamuan ringan buah kurma dan air. Sejurus itu, semua staf yang hadir beramai-ramai ke Surau Perpustakaan Hamdan Tahir untuk menunaikan kewajipan sebagai umat islam untuk solat Maghrib berjemaah. Setelah selesai solat Maghrib berjemaah semua staf kembali ke Dataran Kelabu, PPSP untuk meneruskan berbuka puasa dengan menu utama adalah Nasi Tomato dan pot luck kuih muih dari semua staf. Majlis berakhir pada jam 8.15 malam.

Semoga majlis ini dapat menyemai budaya membaca dan mentadabbur Al-Quran secara berjemaah dalam kalangan warga staf PPKT. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran dan semoga majlis seperti ini terus menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

Teks berita oleh : Puan Rozeanwati Yusoff | Gambar oleh : Encik Nik Azrul & AJK Program Majlis Qatan Al-Quran & Berbuka Puasa PPKT 2025

  • Hits: 1121