Skip to main content

TOWNHALL PPKT SIRI 1/2025


8 Januari 2025, Rabu - Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan telah mengadakan satu sesi Townhall PPKT Siri 1/2025 secara webex bermula jam 10.00 pagi berdurasi 27 minit 43 saat dengan penyertaan staf seramai 97 orang. Tn. Hj. Nik Nashron bin Ab Aziz selaku Timbalan Pengarah PPKT memulakan program dengan bacaan Ummul Kitab Al-Quran, surah Al-Fatihah agar sesi Townhall ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt.

MOTIVASI 2025 adalah slide pertama merupakan perkongsian ilmiah yang menekankan aspek ‘10 Self Talk 2025’ yang mana Tn. Hj. Nik Nashron lebih menitik beratkan ‘Mindset 2025’ agar semua staf lebih berfikiran positif, sentiasa bersyukur dan sentiasa berkongsi kelebihan yang ada dan berusaha memperbaiki kekurangan diri. Beliau juga berharap untuk tahun ini semua staf dapat memperbetulkan ‘mindset’ agar dapat mencapai target Sasaran Prestasi Cemerlang 2025 dengan markah melebihi 95%. Untuk mencapai target tersebut bermakna staf perlu menyempurnakan segala tugasan dengan sempurna, berkualiti tinggi dan mengikut masa yang ditetapkan.

Objektif utama sesi Townhall ini adalah berkaitan dengan BSC yang mana slide kedua adalah PENAMBAHBAIKAN BSC 2025 dengan perkongsian paparan Penyataan Masalah 2024. Bengkel BSC Siri 1/2025 telah ditetapkan pada 14 Januari 2025.

Slide yang terakhir berkaitan dengan ‘GUIDLINE PENGISIAN SKKF’ dimana pengisian SKKF perlu ada perancangan, pelaksanaan tugas/aktiviti pada hari berkenaan.

Diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang ‘High Impact Projek’ untuk tahun ini, Tn. Hj. Nik Nashron memaklumkan PPKT akan menggunakan software ERPNext untuk Hospital Pakar USM. Untuk permulaan software ini akan digunakan di PTPA untuk Inventori, Alatulis dan yang berkaitan dengan Kewangan. Untuk projek ini akan melibatkan ramai staf terutama staf Bahagian Sistem Maklumat. Ini merupakan antara ‘core business 2025’ PPKT.

Sebelum mengakhiri Townhall ini, Tn. Hj. Nik Nashron telah mengingatkan agar semua staf dapat hadir beramai-ramai bersama keluarga menyertai program Solat Hajat Perdana 2025 pada 9 Januari 2025 supaya dapat membina ukhwah sesama kita. Sesi Townhall ini telah direkod dan staf yang tidak dapat menyertainya boleh layari pautan :

Webex meeting recording: TOWNHALL PPKT SIRI 1/2025-20250108 0228-2 Recording link: https://usm-cmr.webex.com/usm-cmr/ldr.php?RCID=2b551851ebdeebc113d1cf345b4471e6.

Teks berita oleh : Rozeanwati Yusoff | Gambar oleh : AJK TOWNHALL PPKT SIRI 1/2025