Pusat Transformasi Digital (PTD) ditubuhkan pada 1 Januari 2003 dengan gabungan empat entiti yang berasaskan Teknologi Maklumat di USM iaitu Pusat Komputer, Pusat Teknologi Maklumat, Unit Sistem Maklumat Pengurusan (SISMAP) dan Unit Pembangunan Teknologi Maklumat di Kampus Induk. Pelancaran secara rasmi telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Yg Bhg Prof Dato' Dzulkifli Abd Razak pada 27 Ogos 2003. PPKT akan berperanan sebagai satu pusat serenti dalam menyediakan perkhidmatan IT yang berkualiti dan juga bertindak sebagai pemangkin kepada segala aktiviti penyelidikan, pembelajaran, pentadbiran, pengajaran, pengurusan dan perundingan Universiti Sains Malaysia(USM).
Oleh kerana Kampus Kesihatan tidak mempunyai cawangan Pusat Transformasi Digital (PTD), Unit Sistem Maklumat dan Unit Pembangunan Teknologi Maklumat maka PPKT Kampus Kesihatan buat masa ini hanya merupakan pertukaran nama bagi Cawangan Pusat Komputer tanpa pertambahan kakitangan.