Misi Pusat Transformasi Digital (PTD) adalah untuk menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur Teknologi Maklumat yang berkualiti dan bermutu. Menyelaraskan proses-proses yang melibatkan akademik, pelajar, pentadbiran dan pengurusan melalui portal laman web untuk tujuan pemindahan dan perkongsian maklumat dalam usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kepakaran Teknologi Maklumat di kalangan warga USM.
Membimbing dan menjadi sumber inspirasi kepada warga Universiti dalam mengharungi arus perubahan Teknologi Maklumat. Memastikan wawasan Universiti untuk menjadi sebuah institusi pengajian dan penyelidikan yang terulung akan menjadi kenyataan dengan Teknologi Maklumat sebagai pemangkin.
Membina komuniti kampus yang berpengetahuan dan bermaklumat dalam bidang Teknologi Maklumat. Menjadi pusat rujukan untuk hal-hal yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat. Serta membudayakan masyarakat kampus dengan Teknologi Maklumat.
Menawarkan perkhidmatan berkualiti dalam menyokong aktiviti R&D, pengajaran & pembelajaran pengajian tinggi dan menyediakan infrastruktur ICT yang menyeluruh di USM secara inovatif dan kreatif. Selain itu, Pusat Transformasi Digital (PTD) juga sebagai "enabler" kepada persekitaran keilmuan dan pengetahuan.
Menyatukan perkhidmatan akademik, pelajar, pentadbiran serta pengurusan dan masyarakat melalui satu portal maklumat dan pemindahannya berasaskan web. Dengan penubuhan Pusat Transformasi Digital (PTD) akan merintis lebih banyak perkembangan baru untuk keselesaan berurusan, berkhidmat, serta menjana, menyimpan dan menyebar ilmu seluas-luasnya.
Objektif Kualiti
Semua permohonan akan disemak dan diberi kelulusan dalam tempoh (3) tiga hari bekerja daripada tarikh borang permohonan yang lengkap diterima
Semua laporan kerosakan perkakasan Pusat Transformasi Digital (PTD) yang tidak memerlukan alat ganti daripada pembekal atau kepakaran pembekal akan diselesaikan dalam tempoh (5) lima hari bekerja.
Memproses dan menghantar semua bil dan tuntutan bayaran ke Jabatan Bendahari dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh penerimaan bil.